Tuesday, September 18, 2007

Perkahwinan CT dengan Datuk K


Siti telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan mengumumkan perkahwinan beliau dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (bekas suami kepada Tengku Zawiyah Tengku Izham), atau dikenali sebagai Datuk K, seorang ahli niaga, pada 17 Julai 2006 setelah mengharungi banyak khabar angin yang melayang mengenai perkara ini. Mereka mula rapat selepas persembahan konsert di Royal Albert Hall,London.
Majlis akad nikah kedua-dua pasangan itu telah diadakan pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur. Manakala seminggu selepas itu pada 28 Ogos 2006 acara persandingan kedua-dua pasangan ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur dan seminggu kemudiannya, di Kuala Lipis iaitu kampung asal Siti Nurhaliza.

Majlis persandingan beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dihadiri oleh ramai orang kenamaan termasuk tetamu diraja. Persandingan ini disiarkan secara langsung oleh TV3 dan mendapat sambutan hangat dan ditontoni oleh 6.3 juta rakyat Malaysia, sekaligus mencatatkan sejarah dalam penerbitan negara.

Majlis persandingan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid di Kuala Lipis dihadiri oleh 10 000 peminat dari serata negeri, termasuk dari Indonesia dan Singapura.

No comments: