Tuesday, September 18, 2007

Siti Nurhaliza Apek - Seloka Hari Raya

Bila Hari Raya Menjelma

Siti Mekar Hari Raya

Siti Nurhaliza - Dialah Di Hati

siti nurhaliza nyanyi nasyid

lagu rindu

Siti Nurhaliza - Bukan Cinta Biasa

Siti Nurhaliza and Datuk K

Siti_Nurhaliza_Mawi-Seroja

Siti Nurhaliza ku milikmu anugerah juara lagu

Siti Nurhaliza - Betapa Ku Cinta Padamu - 1 jam bersama CT

Siti Nurhaliza - Cindai (Live @ Royal Albert Hall, London)

Segalanya performed by Siti Nurhaliza

Datin Siti Nurhaliza - Cahaya Cinta

Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia (APM 2006)

Siti Nurhaliza- Pastikan

Siti Nurhaliza Seindah Biasa

Senarai Lagu Datuk Siti Nurhaliza




*********************************

Siti Nurhaliza (1996)

Jawapan Di Persimpangan
Mahligai Asmara
Jerat Percintaan
Antara Waktu Dan Usia
Sempadan
Sanggar Bayu
Cari-Cari
Bicara Luka
Kerana Jelinganmu
Jalanan Berduri


*****************************
Siti Nurhaliza 2 (1997)

Aku Cinta Padamu
Wajah Kekasih
Tirai Semalam
Demi Kasih Kita
Kesilapanku, Keegoanmu
Khayalan Cinta
Usah Diragui
Rindu Di Antara Kita
Bisikan Asmara
Sri Mersing
The Colour Of My Love (bonus track)


***************************
Cindai (1997)

Cindai
Laksamana Mati Dibunuh
Janji
Lela
Kaparinyo
Es Lilin
Damak
Joget Pahang
Patah Hati
Joget Berhibur


****************************
Adiwarna (1998)- ALBUM TERBAIK 1999

Purnama Merindu
Sendiri
Kitakan Bersama
Tak Rela Berpisah Darimu
Laguku Dihatimu
Diari Hatimu
Satu Cinta Dua Jiwa
Demi Kasih Sayang
Tak Boleh Lupa
Gelora Asmara


***************************
Pancawarna (1999)

Nian Di Hati
Seribu Kemanisan
Engkau Bagaikan Permata
Salju Kasihnya
Lelaki
Kedamaian
Kau Kekasihku
Kurniaan Dalam Samaran
Langkah Di Persada
Lembaran Cinta Pudar
Seri Balas - ALBUM TERBAIK 2000
Hati Kama - duet Noraniza Idris
Ketawa Lagi - duet Noraniza Idris
Walinong Sari
Musalmah Manis
Lenggang-Lenggok - duet Noraniza Idris
Pulau Pisang
Dondang Dendang - duet Noraniza Idris


********************************
Sahmura (2000)

Balqis
Joget Kasih Tak Sudah
Ya Maulai
Pawana Sampaikanlah Salam
Mahligai Permata
Masri Manis
Berpantun Kasih
Zapin Cinta Asmara
Canggai
Keroncong Si Endang Endong


**************************
Safa (2001)

Azimat Cinta
Jalinan Cinta
Percayalah
Lakaran Kehidupan
Kudus Sinarmu
Kau Ku Sayang
Beradu Di Khayalan
Indah Percintaan
Milikmu Teristimewa
Bicara Manis Menghiris Kalbu


****************************
Sanggar Mustika (2002)

Nirmala
Joget Senyum Memikat
Panas Berteduh Gelap Bersuluh
Bisikan Hati
Badarsila
Syair Kamelia
Di Batas Waktu
Sulam Sembilan
Bunga Melor
Kurik Kundi


**************************
EMAS (2003) - ALBUM TERBAIK 2004

Bukan Cinta Biasa
Debaran Cinta
Untuk Selamanya
Ku Yakini
Oda Bumi Anbia
Janji Kasih
Sebenar Cinta
Airmata Ibu
Ku Milikmu
Di Sini Ku Berjanji
Anugerah Aidilfitri (2004)
Anugerah Aidilfitri
Mekar Hari Raya
Meriah Suasana Hari Raya
Sesuci Lebaran
Nazam Lebaran
Suara Takbir
Bila Raya Menjelma
Air Mata Syawal
Nikmat Hari Raya - duet Artis SRC
Aidilfitri Di Alaf Baru - duet Artis SRC


***************************
Prasasti Seni (2004)

Dialah Di Hati
Pendirianku
Cinta Tak Berganti
Cahaya Seribu Liku
Hanya Dirimu
Lagu Rindu
Sakti
Pejam Matamu
Kembalikan Indah
Ku Menunggu
Seindah Biasa


*************************
Transkripsi (2006)

Siti Situ Sana Sini
Biarlah Rahsia
Destinasi Cinta
Cuba Untuk Mengerti
Hidup Penuh Bicara
Bila Harus Memilih
Pastikan
Hati Berbisik
Rupanya Kita Serupa
Tanpa Dendam Di Hati
Intrig Cinta
Impiankan Nyata
Bisakah
Lain-Lain
Jangan Ditanya
Sirih Pinang
We'll Be As One (Edisi Istimewa Malaysia Book of Records)
Don't Put My Heart On Hold (Edisi Istimewa Malaysia Book of Records)
Mawarku
Tiga Malam
Say It Isn't So (Duet bersama Gareth Gates)
Lagu Gembira
Kini Kau Disisi
Dalam Taman Syahdu (The Best of Siti Nurhaliza)
Gelora Kasih (The Best of Siti Nurhaliza)
Pandang Pandang Jeling Jeling - duet Tan Sri SM Salim
Bergending Dang Gong - duet Tan Sri SM Salim
Dua Dunia - duet Too Phat
Million Miles - duet Too Phat
Pohon Asmara
Untuk Terakhir Kali
Cahaya Cinta (Cerita Cinta Siti Nurhaliza)
Because You Loved Me (Cerita Cinta Siti Nurhaliza)
Yue Liang Dai Biao Wo De Xin (Moon Represents My Heart)(Cerita Cinta Siti Nurhaliza)

Senarai Album Datuk Siti Nurhaliza


Siti Nurhaliza kini dalam rangka penghasilan album terbarunya yang berunsurkan irama Malaysia. Album yang menggabungkan komposer Malaysia dan Indonesia ini bakal dipasarkan selewat-lewatnya Ogos 2007. Tajuk album ini masih belum dikenalpasti, namun yang pasti, album ini amat dinantikan oleh peminat kerana hampir 5 tahun Siti tidak mengeluarkan album irama Malaysia.

Album Studio

2006 : Transkripsi
2004 : Prasasti Seni
2003 : E.M.A.S
2002 : Sanggar Mustika
2001 : Safa
2000 : Sahmura
1999 : Pancawarna
1998 : Adiwarna
1997 : Cindai
1997 : Siti Nurhaliza II
1996 : Siti Nurhaliza I

Lain-lain
2007 : Klasik
2006 : Cerita Cinta Siti Nurhaliza
2005 : Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall
2004 : Siti Nurhaliza Live In Concert 2004
2004 : Secretaries Week Celebration Siti Nurhaliza
2004 : Anugerah Aidilfitri
2002 : Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir
2002 : Konsert Mega Siti Nurhaliza
2001 : Edisi Istimewa Malaysia Book of Record
2000 : The Best of Siti Nurhaliza
1999 : Konsert Live Siti Nurhaliza

Mengenai Datuk Siti Nurhaliza


Siti Sebagai Ikon Semasa
Sepanjang perjalanan karier beliau, Siti Nurhaliza sering kali disenaraikan sebagai antara ikon semasa yang seringkali disebut di dalam filem mahupun iklan. Antaranya, poster Siti Nurhaliza ditunjukkan di dalam filem "KL Menjerit", gambar Siti di dalam filem "Aku No.1", filem "Diva Popular" yang dikatakan berkisarkan Siti, drama bersiri "Fara" turut menyebut nama Siti Nurhaliza, dan iklan-iklan yang menggunakan nama Siti.

Gelaran Datuk
Belum genap tiga bulan bergelar Datin setelah berkahwin dengan Datuk Khalid, Siti Nurhaliza dikurniakan anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP, yang membawa gelaran "Datuk").Anugerah berlangsung pada 28 Oktober 2006 dan dianugerahkan oleh Sultan Pahang sempena hari keputeraan baginda.

Syarikat
Siti juga telah menubuhkan syarikat-syarikatnya tersendiri untuk membantu mengembangkan kerjaya beliau sebagai artis dan juga ahli perniagaan. Syarikat-syarikat tersebut adalah Siti Nurhaliza Productions (SNP), Siti Nurhaliza Collections Sdn. Bhd. dan Siti Nurhaliza Marketing Sdn. Bhd.

Perkahwinan CT dengan Datuk K


Siti telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan mengumumkan perkahwinan beliau dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (bekas suami kepada Tengku Zawiyah Tengku Izham), atau dikenali sebagai Datuk K, seorang ahli niaga, pada 17 Julai 2006 setelah mengharungi banyak khabar angin yang melayang mengenai perkara ini. Mereka mula rapat selepas persembahan konsert di Royal Albert Hall,London.
Majlis akad nikah kedua-dua pasangan itu telah diadakan pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur. Manakala seminggu selepas itu pada 28 Ogos 2006 acara persandingan kedua-dua pasangan ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur dan seminggu kemudiannya, di Kuala Lipis iaitu kampung asal Siti Nurhaliza.

Majlis persandingan beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dihadiri oleh ramai orang kenamaan termasuk tetamu diraja. Persandingan ini disiarkan secara langsung oleh TV3 dan mendapat sambutan hangat dan ditontoni oleh 6.3 juta rakyat Malaysia, sekaligus mencatatkan sejarah dalam penerbitan negara.

Majlis persandingan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid di Kuala Lipis dihadiri oleh 10 000 peminat dari serata negeri, termasuk dari Indonesia dan Singapura.

Monday, September 17, 2007

Kerjaya Datuk Siti Nurhaliza


Keluarga Siti Nurhaliza mengadakan persembahan di kebanyakan upacara setempat di kampung halaman mereka, misalnya perkahwinan. Pada usia 12 tahun, Siti mula mempelajari lagu tradisi daripada ibunya, maka teruslah beliau mengikut jejak keluarga beliau dengan menyanyi di majlis-majlis di sekitar tempat tinggalnya.

Kemudian, sementara beliau meneruskan kerjaya menyanyinya, Siti menyertai pelbagai pertandingan bakat tempatan. Pada usia 16, beliau bertanding dalam Bintang RTM 1995. Ketika itu, beliau menemui Adnan Abu Hassan, seorang penggubah terkenal. Adnan membimbing dan membantu Siti dengan persembahan vokal beliau, maka beliau dapat menjuarai pertandingan itu. Selepas itu, Siti ditawarkan kontrak rakaman bersama Suria Records, iaitu tempat kerja Adnan, maka pada tahun 1996 beliau mengeluarkan album sulung beliau, Siti Nurhaliza. Beliau menghadapi cabaran getir sewaktu membikin album pertamanya kerana terpaksa mengimbangkan pembikinan itu dengan persediaan menghadapi peperiksaan SPM.

Walaubagaimanapun, beliau hanya lulus SPM dengan keputusan yang cukup-cukup makan sahaja. Sungguhpun demikian, album pertamanya sangat berjaya, dan ini memberi laluan kepada album-album seterusnya yang turut berjaya. [1]

Selepas album sulungnya dihasilkan, Siti Nurhaliza menjadi seorang tokoh yang terkenal dalam persada muzik Melayu. Beliau terus mencatat banyak lagi lagu-lagu hit. Lagunya merangkumi pelbagai jenis irama muzik popular seperti muzik pop, R&B dan Melayu tradisi. Suara dan lirik lagu-lagu beliau menjadikannya amat terkenal dengan remaja tempatan. Oleh itu, beliau mampu mendominasi pelbagai majlis anugerah selama bertahun-tahun.

Timbulnya artis baru untuk bersaing, seperti Siti Sarah yang dikatakan sebagai pelapis persada muzik Melayu. Siti juga dikritik oleh beberapa pihak, kononnya kerana gayanya yang ketinggalan zaman, sementara artis-artis lain mengikuti trend pop terkini. Walau bagaimanapun, Siti Nurhaliza tetap mengamalkan prinsip lama, dan masih merupakan seorang tokoh Melayu popular dan ternama. Siti masih menjadi tumpuan peminat, Siti juga pernah mendapat pujian oleh tokoh ulama' dari Indonesia yang menyeru supaya artis-artis mencontohi keperibadian Siti yang tidak pernah lekang dari adat keMelayuan. Boleh dikatakan sudah tiada artis seperti Siti pada hari ini.

Siti menjayakan konsert solo di Royal Albert Hall yang berprestij di London pada 1 April 2005, sungguhpun kebanyakan penonton ketika itu berbangsa Malaysia yang menetap di UK atau datang dari tanahair. Beliau merupakan satu-satunya penyanyi Malaysia selepas Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang pernah mengadakan persembahan di dewan tersebut. Pada lewat tahun yang sama beliau di Taiwan untuk berduet dengan Lee-Hom Wang dengan mendendangkan lagu berbahasa Mandarin berjudul Yue Liang Daibiao Wo de Xin yang asalnya dinyanyi oleh mendiang Teresa Teng.

Teh CTEA berperisa Pandan
Siti juga mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan mewujudkan produk teh dengan jenama CTEA. Dari kaki gunung Kinabalu, Sabah, Siti Nurhaliza Marketing membawa perisa pandan dan geranium kepada masyarakat Malaysia. Berniaga merupakan aktiviti yang sudah sebati dengan Siti, dan jenama CTEA merupakan bisnes keluarga.
Pada tahun
2006 beliau sekali lagi mencipta kontroversi dengan berkahwin dengan Datuk Khalid Muhammad Jiwa dan menjadi Perkahwinan Terbesar pada tahun tersebut. Beliau juga telah mengorak langkah menjadi penggubah apabila mencipta dua lagu yang dimuatkan di dalam album terbarunya Transkripsi iaitu Hati Berbisik dan Intrig Cinta.
Siti Nurhaliza juga telah memeriahkan acara permaidani merah di Anugerah Grammy yang bertempat di Staples Center,
Los Angeles pada 11 Februari 2007. Pembabitan Siti Nurhaliza ini menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama diberi penghormatan melalui permaidani merah di arena Grammy yang berprestij.

Selain itu, Siti Nurhaliza juga telah memeriahkan industri televisyen apabila menerbitkan siri tv realiti yang berjudul Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene. Program ini adalah cetusan dari Siti Nurhaliza, dan dengan pembabitan Pantene. Program ini mendapat sambutan hangat sehinggakan program yang sama diwujudkan di negara Indonesia. Siti juga telah turun padang apabila turut sama menjayakan lima episod di Indonesia.

2007 menyaksikan pembabitan Siti dengan konsert besar apabila beliau mengadakan konsert khas bagi mengenang Lagenda Negara, Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma. Konsert ini diberi nama 'Istana Cinta : Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma'. Konsert ini berlangsung selama 2 hari berturut-turut di Istana Budaya. Ramai kenalan artis dan tokoh negara yang hadir, termasuk Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya. Konsert ini disiar tayang di RTM1, dua hari sebelum ulangtahun pemergian P.Ramlee. Usaha beliau yang murni ini akan terus diabadikan apabila Siti Nurhaliza Production bersetuju untuk menerbitkan DVD/VCD khas untuk konsert tersebut.

Biodata Datuk Siti Nurhaliza


Siti Nurhaliza dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia, kepada bapanya Tarudin bin Ismail, seorang polis, dan ibunya Siti Salmah Bachik, seorang suri rumah. Beliau merupakan anak kelima dalam sekeluarga lapan adik-beradik, yang mana salah satu daripada mereka meninggal setelah lahirnya beliau.

Mula-mulanya, Siti digelar "tomboy" disebabkan kelakuannya yang cergas dan kecenderungannya terhadap penampilan kelelakian. Memasuki Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Darjah 1 - Darjah 6, memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, akhirnya Siti beralih kepada penampilan yang feminin; ibunya yang tersayang membesarkan Siti Nurhaliza menjadi gadis Melayu yang berbudi bahasa dan anggun senantiasa. Melanjutkan pembelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis Pahang. ( Tingkatan 1 - Tingkatan 5 ). Sewaktu di sekolah menurut Siti sendiri bahawa beliau sangat aktif dalam sukan.

Siti juga merupakan artis yang menjadi jutawan kerana bakat dan usaha, tidak semata-mata keranan undian atau SMS

Sekapur Sireh....


Assalamualaikum w.t.b...dan Salam Sejahtera...
Syukur ke hadirat illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyaipkan blog Datuk Siti Nurhaliza ciptaan saya sendiri untuk semua orang.Blog ini mengandungi wallpaper CT,Datuk K,Keluarga Datuk Siiti,senarai Anugerah yang pernah dimenangi,Album,Laman web khas Datuk Siti,Speech daripada Datuk CT,Muzik Video Datuk CT,Lirik lagu,karier seni CT,
dan banyak lagi......
Hope korang sume terhibur ye.........
Bye ! Bye ! Bye !
Sekian,Terima Kasih