Tuesday, September 18, 2007

Mengenai Datuk Siti Nurhaliza


Siti Sebagai Ikon Semasa
Sepanjang perjalanan karier beliau, Siti Nurhaliza sering kali disenaraikan sebagai antara ikon semasa yang seringkali disebut di dalam filem mahupun iklan. Antaranya, poster Siti Nurhaliza ditunjukkan di dalam filem "KL Menjerit", gambar Siti di dalam filem "Aku No.1", filem "Diva Popular" yang dikatakan berkisarkan Siti, drama bersiri "Fara" turut menyebut nama Siti Nurhaliza, dan iklan-iklan yang menggunakan nama Siti.

Gelaran Datuk
Belum genap tiga bulan bergelar Datin setelah berkahwin dengan Datuk Khalid, Siti Nurhaliza dikurniakan anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP, yang membawa gelaran "Datuk").Anugerah berlangsung pada 28 Oktober 2006 dan dianugerahkan oleh Sultan Pahang sempena hari keputeraan baginda.

Syarikat
Siti juga telah menubuhkan syarikat-syarikatnya tersendiri untuk membantu mengembangkan kerjaya beliau sebagai artis dan juga ahli perniagaan. Syarikat-syarikat tersebut adalah Siti Nurhaliza Productions (SNP), Siti Nurhaliza Collections Sdn. Bhd. dan Siti Nurhaliza Marketing Sdn. Bhd.

No comments: